1. Penyakit Eczema . Gejala utama yang dirasakan penghidap eczema
adalah rasa gatal yang melampau pada kulit. Bahagian kulit yang gatal akan
memerah, bersisik, pecah-pecah dan timbul gelembung gelembung kecil mengandung
air atau nanah. Tangan, kaki, lipatan paha dan telinga adalah bagian tubuh yang
paling kerap terkena eczema. Eczema terbagi kepada dua, iaitu eczema kering dan
basah. Penghidap eczema basah juga akan terasa panas dan dingin yang berlebihan
pada kulit.
Eczema disebabkan alahan/alergi
pada rangsangan zat kimia tertentu seperti yang terdapat dalam detergen, sabun,
ubat-ubatan, minyak wangi, kosmetik dan bahan makanan tertentu seperti udang,
ikan laut, telur, daging ayam, alkohol, MSG dan lain-lain. Eczema juga
disebabkan oleh alahan/alergi pada debunga tanaman, debu, perubahan cuaca dan gangguan
emosi.
Penyakit Eczema |
Eczema kebiasaannya menyerang mereka yg mewarisi
masalah genetik dari ibu/bapa. Eczema akan menyerang penghidapnya berulang
kali. Oleh itu, penghidap Eczema harus lebih berhati-hati dan menghindari
bahan-bahan/perkara-perkara yang boleh menimbulkan alahan/alergi. Setiap satu
dari lima orang menghidap Eczema di dunia ini.
Dengan rawatan yang tepat, penyakit ini dapat
dikendalikan dengan lebih baik sehingga mengurangkan bilangan serangan. Pada
sesetengah penghidap, Eczema akan menghilang seiring dengan pertambahan usia
penghidap.
2. Penyakit Bisul – Bisul merupakan jangkitan kulit seperti benjolan merah yang
akan membesar. Benjolan ini berisi nanah dan terasa panas dan berdenyut. Bisul
boleh tumbuh di semua bahagian tubuh. Namun, bisul lebih banyak tumbuh pada bahagian
tubuh yang lembap seperti lipatan paha, leher, ketiak dan kepala.
.
Bisul disebabkan oleh jangkitan
bakteria Stafilokokus Aureus pada
kulit melalui folikel rambut, kelenjar minyak dan kelenjar peluh. Faktor-faktor
yang meningkatkan risiko terkena bisul adalah kekurangan tahap kebersihan, luka
yang dijangkiti, penghidap diabetes, kosmetik yang menyumbat pori dan pemakaian
bahan kimia.
Untuk menghindari bisul, tahap
kebersihan diri harus di jaga dan pengambilan nutrisi/diet seimbang harus di
titik beratkan. Diet yang seimbang akan memperkuatkan daya tahan tubuh.
3. Penyakit Campak – Demam campak merupakan penyakit mudah berjangkit yang
disebabkan oleh virus dan biasanya menyerang kanak-kanak. Antara gejala awal
campak adalah demam, bersin, badan terasa lesu, sakit kepala, nafsu makan
menurun dan radang mata. Setelah beberapa hari dari gejala tersebut, ruam merah
yang gatal akan timbul dan bertambah besar. Seterusnya akan tersebar ke
beberapa bahagian tubuh.
Penyakit Campak pada bayi |
4. Penyakit Kudis – Kudis adalah penyakit yang disebabkan oleh parasit
tungau yang gatal iaitu Sarcoptes Scabiei
Var Hominis. Jnagkitan kudis lebih banyak terjadi pada mereka yg kurang
menjaga kebersihan dan mereka yang tinggal di kawasan setinggan. Antara gejala
kudis adalah rasa gatal yang melampau di malam hari terutama di celah-celah
jari kaki dan tangan, di bawah ketiak, alat kelamin, pinggang dan lain-lain.
Kudis sangat mudah menjangkiti individu lain, sama ada secara langsung
(melalui sentuhan kulit pada bahagian yang dijangkiti kudis) mahupun tidak
langsung (melalui perkongsian tuala/pakaian penghidap kudis). Tahap kebersihan
harus di jaga bagi menghindari kudis
5.Penyakit Kurap – Kurap terjadi akibat jangkitan kulat/fungus. Antara gejala kurap
adalah kulit menjadi tebal dan pada kulit timbul lingkaran yang semakin jelas,
bersisik, lembab, berair dan terasa gatal. Kemudian akan timbul tompokan-tompokan
putih pada lingkaran. Kurap timbul kerana kurangnya penjagaan kebersihan kulit.
Bahagian tubuh yang biasanya di serang kurap ialah kaki, tangan, leher dan
kulit kepala.
6.Penyakit Psoriasis – Psoriasis termasuk ddi antara penyakit kulit yang sukar di
diagnos. Bahagian tubuh yang biasa terkena eczema adalah sama dengan bahagian
tubuh yang biasa terkena psoriasis, ditambah dengan kulit kepala, punggung
bagian bawah, telapak tangan, dan telapak kaki. Stress, trauma, dan kadar
kalsium yang rendah boleh menyebabkan psoriasis..
Psoriasis bukan penyakit menular,
tetapi bersifat menurun. Gejala psoriasis adalah timbulnya tompokan-tompokan
merah yang di atasnya terdapat sisik-sisik putih tebal dan menempel
berlapis-lapis. Apabila digaru, sisik-sisik tersebut akan gugur/jatuh. Semakin
lama , luas permukaan kulit yg terkena psoriasis akan semakin melebar.
7. Penyakit
Kanser Kulit Melanoma –
Melanoma merupakan kanser kulit yang sangat serius sehingga dapat menyebabkan
kematian jika tidak dirawati. Melanoma adalah jenis kanser yang menyebabkan perubahan
tahi lalat pada kulit sangat berbahaya jika muncul pada leher atau kulit
kepala. Salah satu tanda terjadinya melanoma adalah tahi lalat yang membesar.
Selain itu terjadi perubahan warna pada tahi lalat serta terlihat tanda-tanda
peradangan pada kulit di sekitar tahi lalat.
Kanker Kulit |
8. Penyakit Impetigo – Impetigo adalah penyakit kulit berjangkit yang biasanya
disebabkan oleh bakteria. Impetigo menyebabkan kulit menjadi gatal, melepuh
berisi cairan dan kulit menjadi merah. Impetigo sangat mudah terjadi pada kanak-kanak
berusia dua hingga enam tahun. Bakteria biasanya masuk ke dalam kulit melalui
gigitan serangga, luka, atau goresan. Kebersihan sangat penting bagi mereka
yang mengalami impetigo..
Gejala Impetigo terhadap bayi |
9. Penyakit Herpes – Herpes adalah penyakit kulit berjangkit yang
disebabkan oleh jangkitan virus dan bakteria. Terdapat beberapa jenis virus dan
bakteria penyebab herpes dan ini akan menentukan jenis penyakit herpes yang
dihidapi. Antaranya adalah virus Varicella
Zoster dan virus herpes simpleks (“HSV”).
10. Jerawat (“Acne”) – Jerawat adalah suatu keadaan di mana pori-pori kulit tersumbat oleh blackheads/whiteheads sehingga
menimbulkan kantung nanah yang meradang. Jerawat adalah penyakit kulit yang cukup besar jumlah penderitanya.
Kligmann, seorang peneliti masalah jerawat ternama di dunia berpendapat, "Tak
ada satu orang pun di dunia yang melewati masa hidupnya tanpa sebiji jerawat di
kulitnya." Kemungkinan penyebabnya adalah perubahan hormon yang merangsang kelenjar minyak di kulit.
Antara penyebab perubahan hormon lainnya yang menyebabkan
timbulnya jerawat adalah menstruasi (period), kehamilan dan stress. Selain itu, kebanyakkan penghidap
resdung juga mengalami masalah jerawat/acne.
No comments:
Post a Comment