Eczema

Penyakit Eczema - Gejala utama yang dirasakan penghidap eczema adalah rasa gatal yang melampau pada kulit. Bahagian kulit yang gatal akan memerah, bersisik, pecah-pecah dan timbul gelembung gelembung kecil mengandung air atau nanah. Tangan, kaki, lipatan paha dan telinga adalah bagian tubuh yang paling kerap terkena eczema. Eczema terbagi kepada dua, iaitu eczema kering dan basah. Penghidap eczema basah juga akan terasa panas dan dingin yang berlebihan pada kulit.


Eczema disebabkan alahan/alergi pada rangsangan zat kimia tertentu seperti yang terdapat dalam detergen, sabun, ubat-ubatan, minyak wangi, kosmetik dan bahan makanan tertentu seperti udang, ikan laut, telur, daging ayam, alkohol, MSG dan lain-lain. Eczema juga disebabkan oleh alahan/alergi pada debunga tanaman, debu, perubahan cuaca dan gangguan emosi


Eczema kebiasaannya menyerang mereka yg mewarisi masalah genetik dari ibu/bapa. Eczema akan menyerang penghidapnya berulang kali. Oleh itu, penghidap Eczema harus lebih berhati-hati dan menghindari bahan-bahan/perkara-perkara yang boleh menimbulkan alahan/alergi. Setiap satu dari lima orang menghidap Eczema di dunia ini.


Dengan rawatan yang tepat, penyakit ini dapat dikendalikan dengan lebih baik sehingga mengurangkan bilangan serangan. Pada sesetengah penghidap, Eczema akan menghilang seiring dengan pertambahan usia penghidap

No comments:

Post a Comment