- Krim
Krim ini termasuk pelembap, tar, ditranol, kalsipotriol dan steroid topikal. Kebanyakan orang yang mengalami Psoriasis akan menghdap penyakit yang tidak begitu teruk dan mendapat kelegaan yang bayak dengan topikal.
- Fototerapi
Psoriasis bergerak balas kepada rawatan cahaya ultraungu (UV), cahaya UV, sama ada UVB atau UVA telah didapati berkesan dalam menghilangkan Psoriasis jika digunakan dalam dos yang ditambah secara beransur-ansur menjelang tempoh beberapa bulan.
- Ubat-ubatan
Ahli dermatologi mungkin mempreskripsikan pil-pil oral untuk Psoriasis yang teruk. Contohnya adalah metotreksat, asitretin, siklosporin dan sulphasalazin. Ubat-ubatan ini menyebabkan kesan-kesan sampingan dan pesakit-pesakit akan memerlukan ujian darah yang tetap untuk mengesan kesan-kesan sampingan.
Nasihat kepada Pesakit Psoriasis:
- Jangan menggaru kulit kerana ini akan melambatkan pemulihan.
- Jangan terlalu lekas berhenti mendapatkan rawatan kerana ianya mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk memberikan kesan.
- Jangan berhenti mengambil pil-pil yang dipreskripsi atau rawatan secara tiba-tiba kerana ianya boleh membuat Psoriasis lebih teruk.
- Gunakan rawatan secara kerap.
- Amalkan keadaan kulit yang lembap kerana ini akan membantu mengurangkan rasa gatal dan pengupingan.
- Secara amnya, pendedahan kepada cahaya matahari mendatangkan faedah.
- Jangan dedahkan diri anda terlalu lama sehingga anda mendapat selaran matahari. Selaran matahari menjadikan Psoriasis lebih teruk.
- Tekanan boleh menjadiakn Psorisis lebih teruk. Belajarlah cara-cara menenangkan hati, bersenam dan mengambil masa rehat atau cuti.
No comments:
Post a Comment