Rawatan dan Pencegahan Eksima

Eczema menyebabkan kegatalan yang amat dan keinginan untuk menggaru. Tahap kegatalan akan meningkat apabila kulit semaking kering. Jika digaru berulangan, lapisan kulit akan terkoyak dan mula meruam. Kitar ini akan berulang dan boleh diringkaskan seperti gambar rajah di bawah:


Langkah-langkah untuk mengelakkan pencetusan ezcema dan pemulihan fungsi penghadang kulit patut diambil.
·         Mengawal kitar ezcema dengan melembapkan kulit.
·         Mengubati keradangan.

Langkah-langkah Pengawalan Harian
·         Elakkan daripada menggunakan sabun yang mengandungi bahan kimia yang menyebabkan iritasi kulit.

·         Gunakan krim/losyen dengan kerap untuk melembapkan kulit walaupun dalam keadaan eczema. Ini dapat mengurangkan pergantungan kepada rawatan topikal.



Penjagaan Kulit Sensitif dan Eczema

Amalkan:
Elakkan:
Pakaian
·         Pakaian yang longgar.
·         Fabrik yang selesa seperti kapas.
·         Pakaian yang ketat.
·         Fabrik bulu biri-biri.
Diet Pemakanan
·         Keseimbangan diet untuk mengekalkan daya tahan yang kuat.
·         Makanan laut, kacang, susu dan telur yang paernah menimbulkan kesan-kesan alergi sebelum ini.
Persekitaran
·         Kebersihan dan pengudaraan yang baik di persekitaran rumah dan tempat kerja.
·         Tahap kelembapan di persekitaran yang sederhana.
·         Gunakan cadar dan selimut yang bersih dan sentiasa ditukar dengan yang baru.
·         Memakai sarung tangan jika perlu berkerja dalam keadaan yang basah.
·         Permaidani, barang permainan yang berbulu.
·         Persekitaran yang terlalu lembap atau terlalu kering.
Perangai Peribadi
·         Bersikap positif dan kekal riang.
·         Kuku jari yang pendek untuk mengelakkan kelecetan kulit akibat menggaru.
·         Mandi dengan air suam.
·         Mematuhi arahan doktor bagi penjagaan kulit.
·         Pendedahan kepada cahaya matahari yang kerap.
·         Penglibatan dengan aktiviti di luar dan di dalam tempat berhawa dingin yang kerap.
·         Merendam dalam air panas atau air yang mengandungi klorin yang banyak.





No comments:

Post a Comment